Pages

Monday, September 17, 2012

Kedai Lampu Pilihan

Next entry will be our past experience with these 2 shops:

1. Houses of Lighting- Puchong
2. Cyma Lighting- Sri Rampai

Bercerai Susu

Actually aku ni tak adalah fully breastfeed my son sampai 2 tahun. Seingat aku aku dah campur FM mase umur Aaffan 1Y3M. Tu pun dengan breast kanan je. (Tak digalakkan kerana akan ada perubahan fizikal yang mesti anda tak suka)

Since Aaffan dah 2Y so aku mesti pisahkan dia dari hobi yang nak nenen.Yes dekat taska dia minum FM but dekat umah susu badan.Yang paling aku suka is Aaffan tak suka hisap botol so insyaAllah kami tak akan ada masalah anak yang suka pegang botol susu sampai besar. 

Now aku dah limit dia hisap nenen masa nak tidur je. Time lain aku sapu kopi with minyak masak and his reaction 'eeee tak nak'. Tapi boleh nampak la dia tak senang duduk. Cuma as mom kita kena pandai alih perhatian dia i.e. bermain, tengok tv or bagi makan.

Penah sapu asam jawa tapi makin berselera dia hisap. Mungkin asam jawa masam- masam. So kena cari yang pahit dan busuk.

Susah jugak sebenarnya tapi kena sabar. Dah 2Y dia hisap nenen so do not expect dia boleh lupakan nenen in 2 days. 

Happy 2 years old son (25 Sept). Ibu dan ayah sayang Aaffan.

Friday, August 10, 2012

Alahai bila dah kurus terus lupa diri


Pic credit to: dyanermashieta.blogspot.com

Ada segelintir kaum hawa bila sudah kurus/cantik mereka berubah dari berpakaian besar/longgar kepada sendat/ketat/jarang.Mungkin mereka gembira dengan perubahan baru yang ada dan mungkin terdetik juga dalam diri "Cuba tengok aku sekarang". Bukan setakat dapat dosa tidak menjaga aurat bahkan dosa riak.

Mungkin mereka beranggapan bahawa jika memakai baju lama orang sekeliling tidak akan perasan dengan perubahan yang ada. Pendapat saya jikalau anda mengalami penurunan berat badan tidak salah untuk mencari pakaian baru yang bersesuaian dengan saiz anda cuma biarlah menjaga aurat. Jangan terlalu teruja dengan bentuk badan yang baru yang memang tidak akan kekal lama. Perlu diingat bila sudah kurus dan walaupun memakai baju saiz lama seseorang itu tetap akan nampak kurus.Jangan risau.

Menjaga aurat bukannya bermaksud membalut badan/semudah menutup rambut. Saya mengaku dulu saya culas dengan perihal aurat. Memakai tudung tapi tidak menutup dada, memakai seluar tapi ketat, memakai baju tapi tidak labuh, memakai baju lengan panjang tapi hanya 3/4. Sejak berkahwin suami saya yang mendidik saya untuk menjaga aurat. Katanya dosa si isteri si suami yang tanggung. Aiyoo dahla nak tanggung dosa sendiri tambah lagi dengan dosa orang lain. Maka isteri atau anak-anak perempuan di luar sana jika anda sayangkan suami atau ayah anda belajarlah menjaga aurat. 

Jangan beranggapan bila menjaga aurat anda akan dipandang rendah oleh manusia. Biarkan kerana mereka hanya manusia. Biar kita dipandang tinggi oleh Allah SWT. Tetapi ingat bila kita menjaga aurat, nescaya Allah akan menjaga kita dan secara automatiknya orang disekeliling akan menghormati kita.

Pamerkan kecantikan anda hanya untuk suami anda.Syabas saya ucapkan untuk suami/ayah yang berjaya mendidik isteri/anak mereka ke arah kebaikan.Segala yang ada dimuka bumi ini hanyalah sementara.


Sunday, August 5, 2012

Herbal Aloe Concentrate Aloe Vera Mix


Rasanya masam-masam, sedap diminum dan yang penting sekali amat membantu dalam pencernaan. So sesiapa yang ada masalah pembuangan tu boleh la cuba.Memang lega dan yang paling penting perut tak memulas.

Campur 3 capfuls (15ml) dgn 120ml plain water. Boleh diminum bila-bila masa cuma saya lebih suka minum bila bangun tidur or lepas makan-makanan berminyak hehe..kasi flush sama itu minyak.

Saturday, August 4, 2012

Jalan-jalan habiskan duit hehe

We went to Sogo & Jalan TAR this morning for raya preparation. Lagipun dah masuk dalam takwim tahunan aku pergi Jalan TAR utk beli barang raya since bujang lagi. Pukul 9 lagi dah terpacak sebab takut jalan jammed plus kang takde parking pulak dekat Sogo.

Kami pusing-pusing lorong-lorong Jalan TAR since pagi tak ramai orang sangat & kurang panas lagi. Sogo-Masjid India-Sogo. Pukul 11 masuk Sogo memang penuh dengan manusia tapi aku dah set target nak cari kitchenware je. Time ni jangan mimpi la aku nak berhimpit cari baju esp baju budak.



Hasil-hasil tangkapan:
  1. Loose items Corelle- pinggan kuih & mangkuk letak budu ke,sos ke. Dulu in 2011 beli online set pinggan dapat la murah banyak. Husband cakap cari la yg lagi murah tapi aku tetap nak standardize dgn pinggan nasi baru la cantik hehe. Ni baru 6 biji dah RM220 kecik pulak tu.Aiyoo
  2. Baju raya Aaffan dekat Ali Omar. Sebelah Omar Ali. Taktau la adik beradik ke.
  3. Tudung Ariani sebab now rasa nak start balik pakai tudung express since muka dah tak chubby hehe..ye ke?
  4. Baju kurung for my sisters
  5. Balang kuih raya sebab tak pernah ada balang
  6. Gelas. Sebab ada 3 biji je yang lain pecah.Nak raya ni segan la pulak angkat gelas pelbagai spesis 


Ikutkan nak tea set Corelle tapi macam mahal la pulak. Bila pikir duit tak boleh nak spend semua untuk raya so takpe la.Kawal nafsu dan aku berjaya.

Thursday, August 2, 2012

Detox with Herbalife

Harini try buat detox herbalife for 3 days. Aiyoo boleh ke ni.Larat ke ni. Tengok la if ada kudrat & nafsu yg boleh bertahan.

So my breakfast, dinner & lunch will be Herbalife Shake (F1+F3), Teamix, Herbal Aloe, Plain Water, Fresh Juice.

Lupa lak nak timbang berat harini. Mane tau naik kan sebab 2 hari makan benda mengarut je. Okla assume 62kg je.

Update as at 9PM: Misi gagal sebab nak termuntah.

Wednesday, August 1, 2012

My lightest weight after 1Y10M

Yeay..semalam timbang my weight dah 60kg eh 61.5kg. From 68.8kg in May 2012 and now 61kg. No strict diet just makan herbalife and light exercise at home. I admit that yang saya masih mengamalkan activity memakan makanan berminyak and berlemak cuma dalam kuantiti yg sedikit. Just watch my calorie intake and if dah terlebih mesti bakar balik.

Nak jadi sihat and get ideal weight kita tak boleh stress and fikir bila nak kurus. Just go with the flow and insyaAllah anda akan dapat result walaupun lambat. Cuma jangan la bila dah turun 2kilo then you celebrate with enjoying the food sampai tak ingat you are on diet. Tak pasal-pasal nanti naik balik 5kilo.